DUNIA AKHIR ZAMAN!! Bomoh Cuba Perkosa pesakit Kerana Terlalu Cantik..!! Apa Yg Berlaku Lepas Tu Amat Mengejutkan...!!
Seorang
dukun temberang telah ditahan ketika cuba melakukan perbuatan tidak
senonoh terhadap seorang pesakitnya. Kegiatan lelaki berusia 48 tahun
itu telah dilaporkan oleh penduduk setempat di Seremban kepada Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) sebelum mereka menyerbu
pusat kegiatan lelaki terbabit.
Mangsa
yang berusia 24 tahun dikatakan telah menghubungi suspek untuk menerima
rawatan secara Islam sebagaimana yang diberitahu suspek. Pada awal
pertemuan mereka, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia mempunyai
masalah untuk mendapatkan anak.
Suspek yang cuba memperdayakan mangsa terlebih dahulu membaca ayat-ayat al-Quran dalam memulakan rawatan terhadap mangsa.
Selepas
itu, dia mula menikahi mangsa secara batin yang jelas terpesong dari
ajaran sebenar agama Islam. Selepas itulah dia mula untuk melakukan s3ks
dengan mangsa namun percubaan suspek berjaya digagalkan oleh Jheains
yang menyerbu ke rumah suspek yang juga tempat dia mengubati mangsa
hasil laporan masyarakat setempat.
Jheains
merampas beberapa barangan milik mangsa termasuklah senaskah al-Quran
dan satu kitab yang dipercayai untuk memperdayakan mangsa.
Ahmad
Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50
Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77
Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat
