LANGKAWI – Selepas berdepan pelbagai kemelut sejurus BN tumbang pada PRU14 lalu, akhirnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berpeluang makan angin di Pulau Langkawi.
Najib dan Rosmah bersama 12 ahli keluarga yang lain tiba di pulau peranginan bebas cukai itu pada 7.50 malam tadi untuk bercuti sempena Aidilfitri.
Mereka sekeluarga difahamkan menginap di St Regis Hotel, Langkawi.
Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, Najib bersama ahli keluarganya sering bercuti di sini pada hari raya untuk berehat.