
‘Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah’ – Elizad [VIDEO]
BUKAN mudah untuk seorang pelakon membawa watak yang mencabar.
Elizad Sharifuddin menerusi drama terbarunya, Syurga Yang Kedua membawa watak sebagai isteri yang dimadukan.
Menurut Elizad, dia mahu wataknya memberi inspirasi kepada wanita yang berhadapan nasib serupa agar terus kuat dan tabah.
Drama
Dendam Aurora menerusi Slot Tiara di Astro Prima sudah hampir tiba ke
penghujungnya dan tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua
gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai
pelakon utama bakal ditayangkan.
Untuk
pengetahuan semua, drama yang dinantikan ramai ini adalah adaptasi
daripada sinetron popular Indonesia dan ia berkisarkan kisah hidup
berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan,
persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan
terindah.
Drama
70 episod arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan
pelakon lain seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah
Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA
Konflik
antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama
berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu
Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang
merawat ibunya iaitu Vivy.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih