loading...

"Kalau betul tidak suka melihat wajah isteri saya, janganlah menghina"




"KALAU memang isteri saya tak cantik, apa masalah anda? Dia tak kacau hidup anda pun," luah penyanyi dan pelakon, Izzue Islam terhadap sikap segelintir netizen yang suka menghina rupa paras isterinya, Nurinafilah Waharudin atau Awin Nurin.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, mengakui kecil hati dengan perkara itu apatah lagi ia dilakukan dalam bulan Syawal.

Izzue berkata, cukup-cukuplah netizen melakukan perkara sama sepanjang lima tahun berkahwin kerana ia sedikit pun tidak mengurangi rasa kasih dan sayang terhadap isteri.

"Perkara ini memang susah nak suruh mereka berhenti tetapi apa salahnya hormat bulan Syawal. Kalau memang dalam diri sukar nak berhenti daripada sikap suka menghina, buat bulan lain. Namun, sebaiknya buang sikap hitam ini